Header Ads

Breaking News
recent

Sahabat... YANG DILARANG ITU JUGA DIBUATNYA... | DI LARANG MEMBACA ENTRI ni... SALAM PERSAHABATAN

Sahabat... YANG DILARANG ITU JUGA DIBUATNYA... | DI LARANG MEMBACA ENTRI ni... SALAM PERSAHABATAN | AMARAN !!! membaca artikel ini. Kenapa tajuknya 'dilarang membaca'? Sebab Abe memang tak nak korang baca artikel ni. Abe beri amaran, please jangan baca entri ini.


Korang FAHAM? Abe yakin korang faham dengan arahan ini. So, jangan baca entri ini...Eh, apasal korang baca lagi. Kan Abe dah cakap, JANGAN BACA. Wahai pembaca, hentikanlah pembacaan korang. Abe yakin korang ni pembaca yang bijak. Dengar la arahan Abe ni. Senang je pun. Abe bukan suruh buat benda haram pun. Abe cuma nak korang berhenti membaca artikel ini. Itu je...
kalau nak tahu kesudahan ENTRI ni (kenapa & mengapa), Klik je TAJUK ENTRI ni ye
Ya Allah. Baca lagi... Sedih betul Abe. Sanggup korang langgar arahan Abe ni. Benda simple pun tak boleh buat ke? Abe cakap jangan baca, jangan bacalah. Apasal korang degil sangat ni? Takkan korang nak Abe tulis dalam Bahasa Urdu baru nak berhenti baca entri ni? Arrgghhh... Degilnya korang semua ni. Mana pergi disiplin korang ni. Nak ikut arahan yang kacang macam ni pun susah ke? Abe ulang. JANGAN BACA.

Lagi sekali... JANGAN BACA ARTIKEL INI, BERHENTI SEKARANG. CUKUPLAH SAMPAI SINI... MasyaAllah. Masih baca lagi. Tak pe lah. Nampaknya korang dah tak endahkan amaran dan arahan Abe. Benda terakhir yang Abe boleh buat adalah nasihatkan korang. Tolonglah ! Wahai pembaca sekalian, tolonglah berhenti membaca. Kenapa korang degil sangat? Abe merayu, BERHENTILAH sekarang...

Hanya nasihat inilah yang Abe boleh bagi sebagai jalan terakhir untuk halang korang daripada baca artikel ni. JANGANLAH BACA ARTIKEL NI. STOP !!!Tengok tu. Baca lagi tu... Ish ish ish...Kalau korang dah baca sampai sini, ketahuilah bahawa sesungguhnya korang ni memang pembaca yang degil. Sorry to say, tapi memang korang degil. Nasib baik korang baca jugak sampai sini.

Sebenarnya ada message disebalik tajuk (Dilarang Membaca Entri Ini ) ". Gambaran tentang umat Islam zaman sekarang ni. Ramai Muslim di luar sana yang masih suka melanggar perintah Allah SWT kan. Walaupun dah dilarang, mereka masih lagi melakukan perkara yang Allah larang.

Contohnya, macam Zina, Mukadimah ZINA, meninggalkan solat, minum arak, rasuah, riba.... Bukan hanya satu dalil yang melarang perbuatan tersebut, tapi banyak dalil dari Al-Quran, Hadis dan Ijmak Ulamak yang meyokong larang tersebut... Tapi, umat Islam memang degil... Kalau korang perasan, ada lebih daripada sepuluh kali Abe melarang korang membaca artikel ni. Tapi, korang baca jugak kan. Macam tu lah manusia. Dah dilarang banyak kali, dah dinasihat beribu kali, masih nak buat jugak. Semakin dilarang, semakin dibuat.

Sifat ingin tahu itu baik untuk kemajuan diri kita, tapi jangan sampai sifat ingin tahu tersebut menjahanamkan diri kita... Kepada pembaca SETIA Blog Abe ni sekalian... TAHNIAH Abe ucapkan. Korang memang orang yang suka membaca. Bagusla tu, membaca jambatan ilmu. Abe tahu korang tak bersalah. Lagipun, ada pengajaran yang hendak Abe sampaikan... Cuma, kita perlu ingat, PATUHILAH perintah Allah SWT dan RasulNya. Janganlah sesekali cuba mempertikaikan dan melanggar perintah Allah. Kelak buruk padanya. Nerakalah jawabnya. Terima kasih bebanyak kerana sudi membaca walaupun dah dilarang. Salam Persahabatan dari Abe di www.QueAchmad.com
Published with Blogger-droid v2.0.9

No comments:

Powered by Blogger.